Sunday, June 21, 2009

KALAU DAH JODOH

Baru saja Mastura hendak melangkah keluar dari perkarangan rumahnya tiba2 dia disergah oleh seorang jejaka tampan,jiran sebelah rumahnya.

"hai..cik Mas..awak nak pergi ke mana tu."
"hishh..awak nie memeranjatkan saya aje,nasib baik saya tak sakit jantung."jawab Mastura geram.
"sakit jantung takpe,saya boleh rawat..sayakan pakarnya..tapi..kalau sakit cinta saya tak bolehlah yer."jejaka itu cuba membuat kelakar.
"haha..buat lawak laa tu..sorry laa yer,saya nak pergi kerja dah nie,kalau layan awak sampai esok pun tak habis."sambung Mastura lalu masuk ke dalam keretanya dan terus meluncur laju.

Fikri,jejaka tampan yang menjadi jiran sebelah rumah Mastura baru 3 bulan berpindah bersama keluarganya ke sini.Fikri ditukarkan ke bandar ini oleh Kementerian Kesihatan dan Fikri juga seorang pakar jantung.Walaupun mereka baru mengenali antara satu sama lain,kemesraan diantara mereka seolah2 seperti sudah lama terjalin.

Mastura pula seorang yang sedikit pemalu tetapi agak peramah.Mastura baru 6 bulan bekerja dibandar ini setelah hampir setahun dia melepak di kampung sebaik sahaja menamatkan pengajiannya.Di bandar, Mastura tinggal dengan abang dan kakak iparnya.

Di hari minggu sebegini selain Mastura suka keluar berjogging,dia akan menguruskan pokok2 bunga kakak iparnya.Dalam Mastura asyik membuat kerjanya,kemudian dia disapa seseorang dari arah belakang.
"buat apa tu Mas.."
Mastura menoleh.Kelihatan maknya Fikri sedang menyapu dihalaman rumahnya.
"eh..makcik,saja betulkan pokok2 bunga nie.Takde kerja nak buat."jawab Mastura malu2.

Dalam pada itu sempat pula Mastura menjeling2 kearah kawasan rumah Fikri.Tidak kelihatan pun kelibat Fikri. Mastura cuba untuk memberanikan diri bertanya kepada emaknya.
"mana Fikri makcik,dia kerja ke hari ini."
"ohh Fikri..tak..dia tak kerja hari ini,dia pergi ambil tunang dia dari airport.Tunangnya baru habis belajar di UK.Makcik masuk dulu yer Mas..kejap lagi mereka sampai,makcik nak siap2kan apa yang patut."cerita mak Fikri sambil berlalu memasuki kedalam rumahnya.

Mastura mengiringi langkah maknya Fikri dengan senyuman yang terpaksa dibuat2nya.Sebaik mendengar ayat "tunang",tiba2 terselit rasa kecewa di dalam hati Mastura.Air muka Mastura sedikit berubah dan dalam pada dia sibuk menguruskan pokok2 bunga itu,kelihatan kereta Fikri memasuki perkarangan halaman rumahnya.Sepantas kilat juga Mastura masuk kedalam rumahnya,meninggalkan kerjanya yang masih tergendala itu.Mastura cuba mengintai disebalik jendela.
"oiii..buat apa tu."sergah kakak iparnya.
"alah kak Ayu nie,kacau aje.Mas nak tengok tunang Fikri laa."
"Fikri dah bertunang..alahai melepaslah adik akak nie.."kak Ayu mengusik.
"apalah kak Ayu nie..Mas bukannya ada apa2 dengan Fikri pun..."jawab Mastura seperti merajuk.
"yelah tu..boleh percaya ke?"usik kak Ayu lagi.

Mastura dapat melihat dengan jelas sekali rupa tunangnya Fikri dan sememangnya dia cantik.Tidak disangka2 timbul perasaan cemburu didalam hati Mastura.
"apalah aku nie..kenapa pula aku nak jealous nie."monolog Mastura sendirian dengan nada berbisik.

Seharian dia memikirkan kenapa dengan tiba-tiba dia menjadi seorang yang cemburu.Adakah dia telah jatuh hati terhadap Fikri secara diam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seperti kebiasaan Fikri akan mengusik Mastura setiapkali Mastura hendak ke tempat kerjanya.
"hai cik adik..nak pergi kerja ke..?"
"yelah..takkan nak pergi dating kot!!Menyibuk aje."marah Mastura tiba2.Raut wajahnya pun tidak gembira.
Dengan pantas Mastura masuk kedalam keretanya dan meluncur dengan agak laju.

Fikri agak kehairanan dengan sikap Mastura yang tiba2 berubah.Sambil mengaru2 kepalanya yang tidak gatal dia berbisik.
"apa kenalah dengan minah sorang nie..senyum pun tidak,semacam aje.Datang bulan kot!!"teka Fikri.

Dalam pada Fikri sedang melayan perasaannya memikirkan tentang Mastura,maknya pula keluar dan menegur kerana apa yang berlaku sebentar tadi menjadi pemerhatian maknya Fikri.
"kenapa Fikri kamu berdua bergaduh ke.Tak pun kau ada buat kesalahan kat Mas tu tak.."soal maknya.
"takdelah mak..apa entah angin si Mas tu..adalah tu kot.Agaknya bulan sedang mengambang.."gurau Fikri bersahaja.
"kau nie..kalau didengar dek Mas,baru padan muka kau kena hamun."tegur maknya.
"oklah mak,saya pergi ke hospital dulu."Fikri meminta izin maknya lantas mencium tangan emaknya.

Untuk tidak menambahkan kelukaan dihatinya,Mastura membuat keputusan untuk keluar dari rumahnya seawal yang mungkin agar tidak bertembung dengan Fikri.Demi merawat hatinya dan demi kebahgiaan Fikri,Mastura harus menjauhkan dirinya.Lagipun dia tidak mahu menaruh harapan pada perkara yang tidak akan menjadi kenyataan.Tidak Mastura nafikan dalam diam dia menyimpan perasaan terhadap Fikri.
"aku harus lupakan dia.."bisik hati kecil Mastura.

Buat Fikri pula,perubahan sikap Mastura terhadap dia membuatkan dia semakin bertambah bingung.Hampir seminggu Fikri tidak menemui Mastura setiap kali hendak keluar bekerja kerana apa yang Fikri ketahui,Mastura selalu keluar awal ke tempat kerjanya.Setahu Fikri pejabat Mastura hanya akan dibuka pada pukul 9 pagi.

Berbagai persoalan bermain didalam fikiran Fikri.Semenjak hari itu mereka jarang bertemu dan tiada lagi usik-mengusik serta gurau senda.Fikri mulai terasa kehilangan kerana bagi dia sikap Mastura yang suka merajuk akan membuat dia semakin berani untuk mengusik Mastura.

Fikri sedang melayan perasaannya sendirian ditaman.Sedang dia duduk2 di petang Sabtu begini,tiba2 kelihatan sesusuk tubuh yang dia kenali sedang berlari-lari anak. Fikri bingkas bangun dan cuba mengejar Mastura.
"Mas..Mas..tunggu.."panggil Fikri.

Sebaik mendengar namanya dipanggil Fikri,Mastura semakin melajukan lariannya.Dia juga sengaja buat2 tidak mendengar panggilan Fikri.

"Mas..tunggu ler.."panggil Fikri lagi dan cuba berlari dengan lebih laju sedikit.

Akhirnya Fikri berjaya menghampiri Mastura tetapi Mastura berpura-pura tidak mengenali Fikri.
"Mas kejap..lama tak nampak Mas.Sekarang nie awal Mas keluar rumah."tanya Fikri tercungap2.
"banyak kerjalah."balas Mastura pendek.
"tapi Mas macam nak elakkan Fik aje.Ada apa2 yang membuat Mas marahkan Fik ke.."tanya Fikri ingin tahu.
"takde apa2lah..dah ler..jangan kacau Mas boleh tak."pinta Mastura dan terus berlari dengan lebih pantas lagi.

Fikri tidak berdaya untuk mengejar Mastura lagi kerana kepenatan jadi dia berhenti di situ sahaja.Namun begitu Fikri masih memikirkan sikap Mastura yang tiba2 menjadi hambar terhadap dirinya.Semakin Fikri memikirkannya semakin bingung dia dibuatnya kerana Mastura seolah2 ingin menjauhkan diri dari dia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini Fikri pulang awal kerana tidak ramai pesakit yang membuat temujanji dengannya di hospital.Setibanya Fikri di rumah,dia melihat ada kereta Nina diperkarangan rumahnya.
"kenapa Nina datang nie..tak call aku pun."bisik Fikri sendirian dan terus memasuki ke dalam rumahnya.

Nina datang bersama2 keluarganya dan Fikri merasakan ada sesuatu yang tidak kena terutama bila melihat wajah emaknya.
"kenapa Nina tak beritahu Fik nak datang rumah hari ini.Tiba2 aje datang ada hal penting ke nie?"tanya Fikri.

Nina memberanikan diri untuk menjelaskan kepada Fikri perkara sebenar kerana dia tidak mahu Fikri terus menaruh harapan kepadanya.
"Fik..Nina nak beritahu Fik..pertunangan kita mesti diputuskan..Nina..Nina..telah men..cin..tai orang lain Fik dan dia pun udah melamar Nina..Maafkan Nina..Fik.."jelas Nina berterus-terang.

Hati Fikri terasa pedih apabila mendengar kata2 Nina.Dia tidak berupaya untuk berkata apa2 ataupun bertanya kenapa Nina membuat keputusan sebegini.Nina sudah berubah,Fikri tidak dapat menghalangnya.Mereka tiada jodoh.

"Fik..kenapa Fik diam..cakaplah sesuatu.Nina benar2 minta maaf.Nina tak mahu sembunyikan perasaan Nina lagi.Tidak adil bagi Nina dan Fik nanti."jelas Nina lagi.
"Nina..apa lagi yang boleh Fik katakan lagi.Dah kita tiada jodoh.Fik terima dengan hati terbuka.Yang penting Fik mahu Nina hidup bahagia disamping dia yang Nina cintai.Fik faham..janganlah Nina risau,Fik takkan apa2."terang Fikri kecewa.

Keluarga Nina menjelaskan segala2nya.Fikri terpaksa akur dan menerima kenyataan ini.Lagipun pertunangan dia dengan Nina bukan atas kehendak dia sendiri segala2nya atas permintaan datuk Nina yang ingin membalas budi baik keluarganya.Sekurang2nya Fikri tahu Nina juga dari mula tidak menyintainya,tetapi demi menjaga hati datuknya sebelum meninggal dunia,dia mengikut saja.Lama-kelamana Fikri dapat menerima Nina dan mulai mencintainya tetapi ia akan berakhir tanpa ikatan.

Kehidupan Fikri seperti biasa,namun begitu dia tidak dapat menutupi perasaannya yang terluka.Ditempat kerja dia sentiasa sibuk dengan pesakit2.Mastura juga sudah menjauhkan diri darinya tetapi dia masih rindukan gelak tawa Mastura yang kelihatan ayu dan manis setiap kali dia marah.Dia rindu untuk mengusik Mastura sehinggakan Mastura menjadi geram.Dia rindu untuk melihat wajah Mastura yang sering mengerut setiapkali dia mengusiknya.

Bila melihat Fikri sentiasa termenung sendirian,timbul rasa kasihan dalam hati emaknya.
"Fikri..mak nak cakap sesuatu boleh tak."
"cakaplah mak..kenapa pula tak boleh."sempat Fikri bergurau.
"Fik kecewa ke.."tanya maknya ingin tahu.
"takdelah mak..jangan mak risau tentang Fik..Fik ok aje."jawab Fikri pendek untuk menyenangkan hati maknya.
"gini Fik..kalau Fik setuju mak nak pinang seseorang untuk Fik..setuju tak.Kalau tak de halangan minggu depan mak dan makcik kau akan kerumahnya."cerita mak Fikri lagi.
Fikri kelihatan mengeluh kecil.
"mak..Fik tak kisah siapa yang mak pilih.Kalau ia baik untuk mak,Fik ikut aje.Lagipun apa yang telah berlaku antara Fik dan Nina tidak membuat Fik kesal.Fik percaya kalau ada jodoh takkan kemana."jelas Fikri kerana dia tidak akan menyalahkan sesiapa kalau dia tiada jodoh dengan seseorang yang dipilih keluarganya.Dia hanya menyerahkan segala2nya di tangan tuhan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini Fikri pulang awal jadi inilah kesempatannya untuk dia mencuci keretanya.Sejurus itu kelihatan sebuah kereta berhenti dihadapan rumah Mastura.Fikri cuba mengintai,sebaik pintu dibuka,Mastura keluar dari kereta itu dan seorang lelaki yang menghantar Mastura turut sama keluar.Fikri sengaja menampakkan dirinya kepada Mastura.Tiba2 hati Fikri berubah menjadi marah sebaik melihat Mastura dengan jejaka itu didepan matanya.
"hisshh kenapa dengan aku nie..cemburu ke aku!!"bisik hati Fikri.

Mastura ternampak Fikri dihalaman rumahnya dan melemparkan senyuman tetapi didalam hatinya timbul perasaan kerisauan yang amat terasa.
"tak kerja ke dia nie.."bisik hati Mastura pula.
"ok Mas..aku balik dulu,esok aku ambil kau"kata lelaki itu.
"ok..bye."balas Mastura pendek tetapi matanya asyik menjeling kearah halaman rumah Fikri.

Sebaik Mastura hendak memasuki rumahnya,Fikri menegur.
"hai Mas..kereta rosak ke,siapa yang hantar tu."tanya Fikri ingin tahu.
"sibuk aje nak tau siapa yang hantar Mas.."jawab Mastura dengan nada yang agak keras.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia berkata sebegitu kasar.
Dia terus meluru masuk ke rumah tetapi hatinya begitu meronta2 untuk menatap wajah Fikri dengan lebih lama lagi.Dia sendiri tidak tahu mengapa dia harus menyakiti hati Fikri sedangkan Fikri tidak bersalah kepadanya.

"kenapa aku marahkan si Fikri ye..tetapi aku benar2 suka kat dia.."monolog Mastura sendirian dikamarnya.
"adakah aku dah jatuh cinta padanya..argghhh..entahlah aku pun tak tahu tetapi bila aku terpandangkan Fikri hati aku berdetap-detup dan tiba-tiba perasaan aku berbunga mekar."ucap Mastura lagi.

Sementara itu di kamarnya Fikri,dia juga sedang memikirkan Mastura.Entah kenapa Mastura bersikap dingin sejak akhir2 ini.Dia rasa dia tidak pernah menyakiti hati Mastura.
"mungkin juga gurauan aku keras pada dia sebelum ini agaknya."Fikri berbisik sendirian.
"kenapa akhir2 ini aku asyik teringkatkan dia aje..petang tadi bila aku melihat dia dihantar oleh seorang lelaki tiba2 timbul perasaan cemburu di dalam hati aku pula.Ermm..adakah aku..mungkin..tak mungkin.."bicara Fikri tidak keruan.Fikri mula merindui Mastura dan perasaan itu hanya terdaya bermain di dalam hatinya.

Masa berlalu begitu sahaja dan kedua2 insan ini hanya melayan perasaan masing2.Dalam pada itu ibu dan bapa Mastura menyuruhnya pulang kekampung kerana ada hal mustahak.Kak Ayu yang menyampaikan kepadanya.
"kenapa yer kak..mak dan ayah suruh Mas balik nie..mereka sakit ker?"tanya Mastura risau.
"tak..mak dan ayah sihat..kata mereka ada hal mustahak.Ingat hari minggu nie jangan lupa balik..esok jangan lupa ambil cuti tau.."ujar kak Ayu.
"belum tahu dapat cuti ke tidak nie..yelah sebab masa singkat,mak dan ayah pun satu dari minggu lepas tak nak suruh Mas balik."
"dapat ke tidak cuti tu,kau mesti balik..jangan ngada2..akak sampaikan aje..nanti kalau mak dan ayah marah baru padan muka kau."tegas kak Ayu keras.

Yang sebenarnya kakak ipar Mastura sudah mengetahui apakah tujuan sebenar ibu dan bapa mertuanya menyuruh Mastura pulang ke kampung.Biarlah Mastura mengetahuinya sendiri nanti.

Dikampungnya,Mastura masih tidak dapat mengagak apakah tujuan sebenar dia disuruh balik.Ibu dan bapanya pun tidak mahu beritahu,mereka cakap esok Mastura akan tahu.Mahu tak mahu terpaksalah Mastura menunggu sehingga esok hari.

Esok yang dinantikan pun tiba.Mastura disuruh bersiap dengan memakai pakaian yang cantik.Dia juga disolek oleh kak Ayu.Semakin binggung Mastura dibuatnya.
"ada apa nie kak..nak pergi kenduri ke..tapi kenapa nak pakai lawa gini."
"jangan banyak tanya..duduk diam2 akak nak solek kau nie.nanti kau tahu ler.Ahah..lepas nie duduk aje kat sini,jangan keluar."terang kak Ayu tegas.

Mastura menjadi rimas kerana dia tidak dapat meneka apa yang sedang berlaku.Mahu tak mahu dia hanya menunggu didalam bilik kerana kak Ayu pun seolah2 sedang menjaga dia kerana kak Ayu pun tidak keluar2 dari biliknya.

Kemudian Mastura mendengar riuh rendah diluar ruang tamunya,dia ingin menyintai tetapi dihalang oleh kak Ayu.Dalam pada Mastura melayan perasaanya sendirian,tiba2 kelihatan kelibat maknya Fikri memasuki ke dalam biliknya.Mastura benar2 terkejut dan dia juga terpandangkan sebuah kotak cincin diatas dulang kecil.
"eh..aku nak bertunang dengan siapa nie..takkan Fikri,diakan dah bertunang..adiknya ke?..setahu aku dia takde adik."hati Mastura berbisik.Dalam pada hatinya masih dalam tanda tanya,Mastura masih sempat menguntumkan senyuman kepada maknya Fikri.Hendak ditanya terasa segan pula.
"lekas..hulurkanlah jari tu.."suruh kak Ayu lalu menarik tangan Mastura.

Cincin sudah disarung ke jari manis Mastura,dia masih kebingungan.Mastura di benarkan keluar dari bilik dan sebaik sahaja dia keluar tiba2 dia terpandangkan sesorang yang berpakaian melayu yang kemas dan segak sekali.
"Fikri..aku..bertunang dengan dia ke?'bisik hati kecil Mastura.hatinya semakin meronta-ronta ingin mengetahui perkara sebenar.

Fikri yang duduk di sebelah ayahnya Mastura juga terpinga2 sebaik melihat Mastura yang keluar dari bilik adalah tunangnya.Kesemuannya keluarganya dan Mastura tersenyum simpul kerana Fikri dan Mastura masing2 tidak tahu merekalah yang menjadi pasangan pada hari ini.

Sebaik Mastura duduk disebelah Fikri dengan pantas Mastura bersuara agak perlahan.
"awak ke tunang saya ni??..takpun orang lain,kan awak dah bertunang..eh..tak cukup satu ke?.."ujar Mastura menyindir.
"apalah awak nie..saya dah putus tunang 3 bulan yang lalu.Tunang saya dah kahwin dengan orang lain."balas Fikri pula dengan nada berbisik.
Mastura benar2 terkejut pabila mengetahui bahawa Fikri sudah 3 bulan putus tunang.
"kenapa awak tak bagi tahu saya hah.."tanya Mastura lagi.
"awak yang nak larikan diri dari saya,macam mana saya nak bagi tahu."balas Fikri pula.
Mereka saling bertegang urat,walaupun dengan nada yang berbisik,keluarga masing2 menyedari perbuatan Fikri dan Mastura.

"hai..apa yang dibisikkan tu.."tanya ayahnya Fikri.

Mastura dan Fikri menyedari kelakuan mereka diperhatikan keluarga masing2 sejak tadi terus tersipu2 malu.Kedua2nya tersenyum simpul.Didalam hati mereka hanya kegembiraan yang terukir biarpun tidak disuarakan dengan kata2.Mereka hanya mampu melemparkan senyuman kepada para hadirin.Apa yang sedang bermain di dalam hati Mastura dan Fikri hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Tamat Dah!!

No comments:

Post a Comment